Kiriman pada: Fri, Dec 18th, 2015

Kes Kehilangan Jashiah Rabu Masih Disiasat

Kongsi maklumat ini
Tags

djjKuala Lumpur – Kehilangan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, 53, memasuki hari ke-56 hari ini namun masih tiada petunjuk baharu berkenaan lokasi beliau berada.

Menurut Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu ASP Mohd Razip Md Tahir , polis telah melakukan pelbagai usaha tetapi Jashiah masih gagal dikesan malah anggota keluarganya turut menemui jalan buntu.

“Kita masih menyiasat kes ini dan risikan juga dijalankan bagi mengesan mangsa walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan pada 10 Nov lepas,” katanya.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan Jashiah supaya tampil memberi maklumat di balai polis berdekatan.

Ibu kepada empat anak itu kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling pada 23 Okt lepas dan difahamkan menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.