Kiriman pada: Fri, Jan 15th, 2016

Keselamatan Negara, Perlukah Rakyat Malaysia Memilih?

Kongsi maklumat ini
Tags

Susulan kejadian pengebomam di Jakarta semalam mewajibkan pasukan keselamatan negara meningkatkan kawalan keselamatan di dalam negara. Ketua Polis Negara telah menyatakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meningkatkan amaran keselamatan negara pada tahap tertinggi.

Kawalan ketat pasukan keselamatan menjadi khusus kepada kawasan tumpuan orang ramai di tempat-tempat awam, pusat membeli belah serta tempat-tempat pelancongan.

Apa yang kita perlu tahu adalah pihak keselamatan Malaysia sentiasa peka dan tegas soal keselamatan negara. Apa yang selalu dicegah dan diberi amaran bukan semata-mata mengikut prosidur biasa tetapi lebih dari itu. Ia adalah bagi memastikan keselamatan rakyat negara ini terjamin.

Pokok pangkalnya rakyat Malaysia seharusnya sentiasa memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan negara seperti melaporkan dengan segera jika mendapati sebarang perkara yang mencurigakan. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna perlakuan fitnah dilakukan. Apa pun biarkan pihak berkuasa melakukan siasatan penuh kerana mereka mempunyai kepakaran.

Sebenarnya tanggungjawab keselamatan negara bukan hanya terletak kepada pasukan keselamatan sahaja. Semua yang bergelar warganegara Malaysia bertanggungjawab dalam soal keselamatan negara. Cuma peranan sahaja berbeza-beza.

Syukur Malaysia masih aman, kadang-kadang dijadikan bahan jenaka sedangkan kerana keamanan itu mereka ada masa untuk berjenaka. Jika tidak, tentu banyak masa untuk berduka. Mana satu pilihan anda?

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.