Kiriman pada: Sat, Nov 14th, 2015

Kesemua Pelajar Tajaan Mara Di Paris Selamat

Kongsi maklumat ini
Tags

trvKuala Lumpur – Kesemua pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Paris selamat berikutan insiden serangan di Paris.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Mara Abdul Halim Abas enggan memaklumkan jumlah keseluruhan pelajar Malaysia yang menuntut di sana.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterimanya, tiada insiden yang melibatkan pelajar Malaysia ketika serangan itu berlaku.

“Pelajar Malaysia berada jauh dari lokasi kejadian dan pihak Mara akan menyalurkan maklumat terkini mengenai keadaan pelajar di sana,” katanya kepada Bernama,hari ini.

Beliau berkata pegawai Mara sentiasa memantau keadaan dan keselamatan pelajar untuk mengetahui status terkini di sana.

Sehubungan itu, ibu bapa dan pelajar dinasihatkan supaya tidak bimbang tentang keselamatan dan sentiasa berhubung antara satu sama lain.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.