Kiriman pada: Mon, Aug 17th, 2015

Kesesakan teruk sekitar Bayan Lepas

Kongsi maklumat ini
Tags

17sesak.transformedGEORGETOWN: Kesesakan lalu lintas terus berlaku di bahagian selatan bandaraya ini berikutan penutupan beberapa jalan utama di kawasan berdekatan Zon Industri Bebas (FIZ) Bayan Lepas pagi tadi. Kesesakan teruk dilaporkan bermula jam 6.30 pagi lagi, membabitkan laluan sehingga hampir 10 kilometer sekitar jalan Bayan Lepas, Bukit Jambul dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Kesesakan itu disebabkan kerja pembinaan Lebuhraya Bayan Lepas-Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Projek terbabit memerlukan penutupan sebahagian Lebuhraya Dr Lim Chong Eu antara persimpangan Kampung Jawa ke Hilir Sungai Keluang 1 hingga 31 Januari depan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.