Kiriman pada: Sat, Mar 14th, 2015

Ketepikan ‘Jemuan’ Dan ‘Tukang Kipas’ Daripada Dalam UMNO

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKAlor Setar – Perdana Menteri meminta anggota UMNO mengetepikan ‘jemuan’ dan ‘tukang kipas’ dalam parti yang sering mengadudombakan antara satu sama lain sehingga menggugat perpaduan di kalangan anggota.

Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO, berkata UMNO berkeupayaan untuk terus kekal berkuasa dan menang dalam pilihan raya sekiranya ‘jemuan-jemuan’ (berperangai buruk) ini tiada dalam parti.

“Jemuan ini lebih teruk daripada tukang kipas atau batu ronson (penghasut), kerana mereka yang mengadudombakan antara sesama kita, sehinggakan perselisihan kita diperbesar-besarkan, sehingga menggugat perpaduan dalam parti.

“Ketepikan benda-benda ini, jika tidak ada jemuan-jemuan ini sudah pasti Barisan Nasional dan UMNO akan menang,” katanya pada ucapan perasmian Konvensyen Umno Kedah, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Konvensyen UMNO Kedah yang berlangsung selama dua hari sehingga Ahad itu dihadiri perwakilan UMNO daripada kesemua 15 bahagian parti di seluruh negeri.

Datuk Seri Najib berkata usaha mengeluarkan UMNO daripada dibelenggu elemen ‘jemuan’ dan ‘tukang kipas’ yang menggugat perpaduan parti adalah penting dalam memastikan masa depan UMNO.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.