Kiriman pada: Mon, Jul 6th, 2015

Ketepikan Politik, Selesaikan Masalah Air Selangor

Kongsi maklumat ini
Tags

najib-razak-pray-tmi-070515.jpgSEMENYIH – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kerajaan negeri Selangor akan mengetepikan perbezaan politik untuk menyelesaikan isu penstrukturan air di negeri itu.

Beliau berkata ini adalah kerana Kerajaan Persekutuan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat serta menjamin masa depan negeri Selangor dalam menyelesaikan isu air yang berlaku di negeri berkenaan.

“Tolak soal politik dan mengutamakan kepentingan rakyat yang patut kita amalkan,” katanya, sambil menambah Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali ada berjumpa dengan beliau baru-baru ini untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Berucap pada Majlis Iftar Rakyat Negeri Selangor di Masjid Bandar Rinching di sini hari ini, Najib berkata Kerajaan Persekutuan telah menyelesaikan projek air dari Pahang hingga Selangor, serta loji air di Hulu Langat 2 dengan peruntukkan RM2 bilion semasa Perjanjian Persefahaman (MoU) pada Februari lepas.

Namun, katanya, kerajaan negeri telah membatalkan perjanjian itu serta menimbulkan cadangan atau alternatif lain seperti mengali air bawah tanah dan sebagainya.

“Akhirnya, apa sudah jadi pada air bawah tanah yang diwar-warkan satu ketika dahulu. Tanyalah penduduk negeri Selangor. Di Bandar Kesuma, mereka merungut sembilan hari tidak ada air dan kawasan ini (Bandar Rinching) pula tiga empat hari tiada air.

“Apa guna ada kemajuan bandar atau banglo tetapi bekalan air terputus dan tidak terjamin,” katanya secara sinis.

Akibat perbezaan politik, Najib berkata beberapa cadangan yang diusulkan oleh kerajaan pusat dahulu terbantut, sambil memuji tindakan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang membangkitkan isu air di Parlimen.

“Saya berharap dalam masa terdekat perjanjian (kerajaan negeri) dengan kerajaan pusat dapat ditandatangani… kami kerugian masa berharga.

Tetapi apakan daya, kita memerlukan persetujuan kerajaan negeri dan akhirnya mereka bersetuju untuk menerima cadangan kita dan projek ini, saya
berharap dapat menjamin masa depan negeri Selangor,” jelas Najib.

Memandangkan isu air masih belum diselesaikan, Najib berkata kebanyakan pelabur tidak boleh menghabiskan projek perumahan mereka kerana tiada jaminan bekalan air di negeri Selangor.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.