Kiriman pada: Sun, Mar 8th, 2015

Ketua bahagian puas hati penjelasan PM

Kongsi maklumat ini
Tags

NAJIB RAZAKKUALA LUMPUR: Ketua UMNO bahagian seluruh negara menyatakan sokongan serta akan bersama kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dalam mendepani segala cabaran khususnya membabitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada pertemuan itu yang berlangsung hampir dua jam bersama Ketua UMNO bahagian seluruh negara, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO memberi jaminan tidak ada mana-mana individu dalam 1MDB akan terlepas daripada hukuman jika terbukti melakukan penyelewengan.

Pengerusi Penyelaras Solidariti Ketua UMNO bahagian bersama Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semua Ketua UMNO Bahagian berpuas hati dengan penjelasan Presiden parti mengenai kemelut 1MBD.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.