Kiriman pada: Fri, Jan 29th, 2016

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dihalang memasuki Sarawak

Kongsi maklumat ini
Tags

ZURAIDA_070414_TMINAZIRSUFARI_01KUCHING: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin hari ini disekat oleh Jabatan Imigresen di sini daripada memasuki negeri Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada jam 11 pagi ini.

Zuraida dijadual mengadakan pertemuan dengan bakal calon wanita PKR bagi pilihan raya Sarawak.

Turut bersama Zuraida ialah Timbalan Ketua Wanita PKR Haniza Talha, yang bagaimanapun, diberi kebenaran untuk masuk ke negeri ini dan beliau kemudian menyambung penerbangan ke Miri.

Ketika ditemui pemberita, Naib Presiden Wanita PKR Kebangsaan Voon Shiak Ni yang berada di KIA untuk menyambut ketibaan Zuraida serta rombongan, berkata Zuraida telah diarah pulang semula ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat AirAsia pada jam 3.05 petang ini.

Katanya usaha untuk mendapat kepastian daripada Pejabat Ketua Menteri Sarawak gagal namun pihak Jabatan Imigresen di sini mengesahkan Zuraida berada dalam senarai mereka yang dihalang daripada memasuki Sarawak.

Pada 6 Dis lepas, Naib Presiden PKR yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut dihalang daripada memasuki negeri ini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.