Kiriman pada: Tue, Nov 3rd, 2015

Kewangan Islam Semakin Dapat Perhatian

Kongsi maklumat ini
Tags

gkfgkKuala Lumpur – Kewangan Islam yang kini semakin mendapat perhatian, berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk membantu industri Perusahaan Kecil dan Serdahana, PKS.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sehingga tahun lalu, jumlah pendedahan pembiayaan PKS Malaysia dalam kewangan Islam berkembang sebanyak 40.5 peratus tahun ke tahun mencecah 10 bilion dolar amerika.

Kewangan Islam dengan skim perkongsian berasaskan ekuiti katanya menawarkan alternatif yang boleh dilaksanakan dengan perbankan konvensional.

Bagaimanapun terdapat jurang pembiayaan sehingga 13 bilion dolar amerika bagi pembiayaan perusahaan PKS Islam di rantau Asia barat dan Afrika Utara.

Beliau berucap pada perasmian forum ekonomi dunia Islam, WIEF edisi ke 11 di Kuala Lumpur.

Datuk Seri Najib yang merupakan penaung yayasan WIEF berkata di Malaysia, PKS menyumbang 36 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, KDNK dan 18 peratus kepada eksport negara.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.