Kiriman pada: Wed, Dec 23rd, 2015

Khairy Lepas Tangan, Sazali Tidak Dihargai Berbanding Chong Wei?

Kongsi maklumat ini
Tags

22khairy.transformedViral di media semasa isu Atlet bina badan Malaysia akibat kes doping dan terbaru Khairy Jamaluddin mengeluarkan reaksi berbaur pilih kasih terhadap atlet bina badan terkemuka itu.

Khairy di laman Twitter miliknya menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju sekiranya timbul isu rasis antara Sazali dan Lee Chong Wei, dan Sazali pun tidak membuat bantahan di atas kecuaian Sazali sendiri.

Reaksi ini dianggap lepas tangan oleh nitizen di Twitter, sebagai seorang Menteri Belia dan Sukan Khairy seharusnya tidak berat sebelah terhadap isu sebegini kerana Sazali juga adalah antara atlet yang banyak mengharumkan nama negara kita di dalam industri bina badan.

Dengan pencapaian dan Sazali juga digelar Orang Besi Malaysia juga pernah meraih sembilan kali gelaran Mr Asia iaitu 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014. Nampak ketara tindakan Khairy tidak seperti kes Lee Chong Wei dimana Khairy beria membantu dalam kes tersebut. Kenapa tidak membuat perkara yang sama terhadap Sazali?

Meskipun Sazali tidak membantah Khairy sepatutnya mengambil berat terhadap nasib atlet bina badan tersebut yang telah digantung selama empat tahun oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia. Hanya dengan tidak membantah Khairy tidak sepatutnya lepas tangan seolah – olah Sazali bukan siapa – siapa dalam industri sukan di Malaysia.

Adakah khairy hanya akan membantu atlet yang kerap kali menang dan merangkul kejuaraan di setiap perlawanan? atau pun atlet – atlet yang hanya di hirarki teratas? sebagai Menteri beliau tidak sepatut nya mengeluarkan kenyataan yang boleh di salah anggap.

walaupun Sazali salah dan tidak ada apa yang boleh dibantu untuk merubah keputusan, kerana kesalahan doping adalah satu kesalahan berat di industri sukan di dunia, Khairy seharunya lebih sensitif sebelum mengeluarkan kenyataan supaya tidak diaggap lepas tangan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.