Kiriman pada: Tue, Jan 12th, 2016

Khazanah Melabur Dalam Syarikat Enjin Carian Perjalanan Skyscanner

Kongsi maklumat ini
Tags

dgfhstfjKuala Lumpur – Khazanah Nasional Bhd, dana kekayaan kerajaan, merupakan antara lima pelabur baharu, yang secara keseluruhannya melabur US$192 juta (RM824.35 juta), dalam Skyscanner yang berpangkalan di Edinburgh.

Empat rakan lain dalam syarikat enjin carian perjalanan itu, yang menyediakan carian bagi penerbangan, hotel, dan sewa kereta secara percuma di seluruh dunia, ialah Artemis, Baillie Gifford, Vitruvian Partners dan Yahoo!Japan, kata Skyscanner dalam satu kenyataan.

Diasaskan pada 2003, Skyscanner menikmati kadar pertumbuhan dua angka sejak beberapa tahun, dan mencatat keuntungan sejak 2009.

“Kejayaan ini adalah hasil daripada hubungan langsung 1,200 rakan dan kepercayaan 50 juta pengguna yang menggunakan platform kami setiap bulan,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Gareth Williams.

Beliau juga berkata pusingan pembiayaan ini akan membolehkan syarikat itu membangunkan perkakasan menarik untuk pengguna.

Pelaburan berkenaan yang meliputi keuntungan utama dan sekunder, akan menyaksikan penyertaan pelabur baharu yang akan menguasai sejumlah saham yang tidak dinyatakan dalam Skyscanner.

Pelaburan utama dalam Skyscanner akan menyokong strategi syarikat serta meningkatkan pertumbuhan pesatnya dalam pasaran perjalanan secara dalam talian bernilai US$500 juta (RM2.20 bilion).

Susulan penyertaan Khazanah sebagai pelaburnya, Skyscanner akan memperoleh akses yang lebih baik ke atas pasaran di Asia Pasifik.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.