Kiriman pada: Thu, Mar 26th, 2015

Khemah Sementara Untuk Mangsa Kebakaran Di Semporna

Kongsi maklumat ini
Tags

KEBAKARAN KAMPUNG BANGAU-BANGAU / SEMPORNASemporna – Khemah akan didirikan sementara untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran di Kampung Bangau-Bangau.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya sedang berbincang dengan Majlis Daerah Semporna dan Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran untuk mengenal pasti tapak yang sesuai bagi didirikan khemah berkenaan.

“Sekarang kesemua mangsa ditempatkan di Dewan Masyarakat Semporna, Dewan Belia Semporna dan Dewan Serbaguna Bangau-Bangau.

“Kita lihat keadaan di tempat pemindahan itu agak sesak. Oleh itu kita akan dirikan khemah secepat mungkin bagi memastikan kesemua mangsa terlibat mempunyai tempat tinggal yang lebih selesa dengan kemudahan yang disediakan,” katanya yang juga Anggota Parlimen Semporna.

Beliau meninjau lokasi kebakaran dan menyerahkan bantuan kepada mangsa. Kebakaran berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi semalam yang memusnahkan 297 buah rumah yang dibina atas air.

Setakat ini 233 keluarga berdaftar dengan Majlis Daerah Semporna dan pendaftarannya masih dibuka sehingga semua mangsa selesai mendaftar.

Mohd Shafie mahu mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan agar menjaga kebersihan bagi mengelak penularan penyakit.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.