Kiriman pada: Tue, Jul 21st, 2015

Khianat Jatuhkan Kerajaan Tidak Boleh Diterima

Kongsi maklumat ini
Tags

2f98d9f1ad976f2f926ed9a69b35416e_XLGEORGETOWN – Perbuatan khianat menerusi fitnah dan sebaran maklumat palsu untuk menjatuhkan kerajaan adalah tindakan yang tidak boleh diterima langsung, kata Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Beliau berkata, Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan sebarang perubahan kuasa hendaklah dibuat mengikut lunas dan prinsip-prinsip demokrasi.

“Sebarang percubaan untuk mengubah kuasa di luar prinsip demokrasi, itu adalah perkara yang dianggap mengkhianati dan membelakangkan mandat yang rakyat berikan. Tindakan itu tidak boleh diterima langsung,” katanya di sini.

Beliau mengulas dakwaan mengenai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara dan menjejaskan keselamatan nasional.

Laporan menyebut bahawa pemimpin pembangkang telah mengadakan pertemuan dengan Xavier Andre Justo untuk membeli maklumat daripadanya bagi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Pada Khamis lepas, polis Thailand mengesahkan warga Switzerland itu mengadakan pertemuan dengan pemimpin pembangkang Malaysia di sebuah hotel di Singapura sebelum menjual maklumat sulit milik syarikat itu.

Polis Thailand menahan Justo pada 22 Jun atas tuduhan cuba memeras ugut PetroSaudi, sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi, yang menjadi tumpuan dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Teng menegaskan jika benar ada pihak yang melakukan tindakan jahat dengan menabur fitnah untuk menumbang kerajaan, pihak itu harus dikenakan tindakan berat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.