Kiriman pada: Tue, Jan 24th, 2017

Kit Siang Akui Tidak Bincang Cadangan Kerjasama Dengan PAS

Kongsi maklumat ini
Tags

Georgetown – Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengakui cadangan untuk bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dibuat tanpa berbincang dengan kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan.

Selain itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, cadangan itu akan diteruskan, walaupun mendapat tentangan daripada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Cadangan untuk bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRU-14 memang tidak dibincang bersama Dr Mahathir kerana kami mempunyai pandangan berbeza dengan beliau berhubung perkara ini.

“DAP juga tidak perlu mendapatkan persetujuan daripada parti komponen lain dalam Pakatan Harapan berhubung cadangan ini.

Malah, saya juga bukan boneka kepada Dr Mahathir,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam, kesediaan Kit Siang untuk bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRU-14 akan datang dilapor bercanggah dengan pendirian Dr Mahathir yang menegaskan Pakatan Harapan tidak memerlukan kerjasama dengan PAS.

Ia sekali gus mencerminkan perbezaan pendapat terus menular dalam kalangan kepemimpinan pakatan pembangkang, manakala PAS sebelum ini bertegas tidak akan bekerjasama dengan DAP, selain mahu terus menjauhkan diri daripada parti serpihannya, Parti Amanah Negara yang berada dalam Pakatan Harapan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.