Kiriman pada: Wed, Jan 25th, 2017

Kit Siang Perlu Jujur Mengenai Cita-cita Mahu Jadi TPM

Kongsi maklumat ini
Tags

Putrajaya – Lim Kit Siang, perlu jujur mengenai cita-citanya mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana rakyat berhak mengetahui siapa yang bakal menjadi pemimpin mereka jika Pakatan Harapan menerajui Kerajaan Persekutuan.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, berkata menegaskan Ketua Parlimen DAP itu perlu menjelaskan sama ada menaruh harapan untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri, seperti yang didedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 19 Januari lalu.

“Amat penting dan tepat masanya untuk Kit Siang menjelaskan kepada rakyat Malaysia kenapa begitu sukar untuk beliau mengakui akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan jika pakatan itu menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Ini kerana DAP jelas adalah pemimpin pakatan dan rakyat perlu tahu sekiranya Kit Siang akan memegang dua jawatan penting itu jika pembangkang yang diterajui DAP menang PRU akan datang.

“Kita tidak boleh nafikan bahawa DAP memiliki paling banyak kerusi Parlimen dalam pakatan pembangkang sekarang dan pada hakikatnya, berada berada dalam kedudukan pimpinan dominan dalam kalangan parti pembangkang,” katanya.

Adalah adil bagi orang ramai mengetahui sama ada benar antara sebab kenapa Kit Siang menemui PAS baru-baru ini adalah kerana beliau memerlukan PAS menyokong cita-citanya untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Jika ini tidak benar, maka Kit Siang harus membuat Akuan Bersumpah, seperti mana disyorkan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (bekas Naib Pengerusi DAP), bagi menyatakan secara sahih bahawa beliau akan menolak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan jika pakatan yang diterajui DAP menang PRU akan datang.

“Rakyat berhak mengetahui kebenaran mengenai cita-cita politik Kit Siang yang tidak terbatas itu supaya mereka boleh membuat pilihan selepas mengetahui semua maklumat yang perlu sebelum mengundi nanti,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.