Kiriman pada: Sat, Mar 7th, 2015

#Kitalawan – Anwar Bukan Lagi Angsa Emas Pakatan Rakyat.

Kongsi maklumat ini
Tags

KITALAWANTinggal beberapa jam sahaja lagi di jangka akan berlaku hiruk pikuk suara orang melayu yang tergolong dari kalangan anak muda yang memperjuangkan kononnya nasib idola mereka Anwar Ibrahim didalam misi menyelamatkan ketua mereka yang kini di tahan di penjara Sungai Buluh kerana tidak dapat mengawal nafsunya sendiri.

Himpunan Kita Lawan adalah ilham dari kegagalan menyelamatkan Anwar Ibrahim dari di hukum penjara melalui projek Rakyat hakim Negara. Walau apa pun jenama yang mereka berikan ianya tetap sebauh himpunan haram kerana tidak pernah di restui, kebanyakkannya hanya bersifat menyusahkan rakyat jelata.

Yang nyata himpunan kali ini sama saperti himpunan masa masa lalu kebanyakkannya anak muda dari bangsa Melayu sahaja yang jelas kelihatan, anak bangsa Cina dan India boleh di kira dengan jari apa tah lagi sejak kebelakangan ini apabila rakan mereka anak muda didalam PAS tidak mahu turut serta didalam himpunan yang pada mereka tidak pernah memberi faedah pun kepada kebaikkan parti PAS malah hujungnya mereka di persenda dan diperlekeh oleh ‘rakan’ parti mereka sendiri.

Apabila ‘pemuda’ dari PAS tidak turut serta maka yang akan banyak kelihatan adalah wajah wajah sawo yang tak jernih sebab kurang bersyukur dengan apa yang mereka kecapi hari ini. Malah sejak dua menjak ini, jelas kelihatan seolah olah anak muda dari puak PKR sahaja yang kelihatan terkinja kinja di jalan raya setiap hujung minggu di depan pintu kompleks membeli belah, bukan mereka bershoping tetapi menjadi badut sarkas menyemak lalu lintas dan ketenangan orang ramai yang sedang menghabiskan cuti hujung minggu, Dimana rakan mereka dari DAP dan PAS.

Kepala kepala dari kepimpinan PAS telah pun tidak ambil peduli dengan demo yang di anjurkan oleh ‘rakan Tahalluf Siyasi’ sekutu pakatan mereka, Kerana mereka sedar bahawa mereka bukan menuntut keadilan untuk rakyat tetapi lebih kepada meratapi untuk Anwar Ibrahim yang telah di putuskan bersalah oleh makamah. Malah anak remaja dari kaum Cina dan India juga tidak berminat untuk membantu Anwar kerana kini mereka sedar dan mula mengenali Anwar dan Anwar bukan lagi “Angsa Emas” Pakatan rakyat yang boleh memberi telur emas kepada penyokong.

Malah kepala kepala DAP juga tidak di galakkan untuk berada di sebarang perhimpunan yang menjurus untuk Anwar, Mereka lebih di seru agar berada disamping pengundi mereka yang selama ini tidak pernah pedulikan malah mereka abaikan hanya semata nak beri fokus menyelamatkan Anwar diatas kesalahan yang dia sendiri buat.

Ternyata kini sokongan kepada Anwar bukanlah datang dari naluri hati tetapi mungkin dari sebab poket yang bakal berisi, semuanya bagaikan tak menjadi kerana setiap penganjuran haram yang mereka buat sudah tidak lagi mendapat sambutan malah mereka di cemuh oleh masyarakat lebih lebih lagi bila mereka menggangu aktiviti di persekitaran komplek membeli belah.

Kumpulan ini juga boleh di katakan menggangu ketenangan anak anak muda yang sedang berhidur dengan muzik ‘busking’ yang kian popular ketika ini, Pembuat demo lebih mementingkan Anwar dari kepentingan anak anak muda serta keluarga yang suka berhibur dengan muzik busking ini.

Malah boleh juga di katakan menjadi punca pengurangan pendapatan dari hasil busking mereka gara gara ganguan dari pendemo yang akan menggangu persekitaran, janganlah di sekat pencari rezeki di situ.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.