Kiriman pada: Sat, Mar 28th, 2015

#Kitalawan – Kita Kacau Kenduri Kahwin

Kongsi maklumat ini
Tags

unnamed (1) copyKuala lumpur – Mengikut dari pemerhatian dan maklumat awal dijangka tidak sampai 1000 orang yang akan menyertai #kitakacaukendurikahwin yang akan bermula dari Pusat membeli belah SOGO dan seterusnya akan ke KLCC untuk meraikan majlis Perkahwinan anak Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansur.

Agak memalukan jika benar mereka mahu hadir ke majlis tersebut yang mereka gelar Majlis Perkahwinan 1 Malaysia, kerana majlis malam ini adalah untuk meraikan tetamu sebelah lelaki sahaja, Jika benar mereka menghadirkan diri tanpa jemputan dan membuat kecoh didalam majlis tersebut ianya sunguh memalukan bagi rakyat Malaysia yang terkenal dengan adap dan sopannya.

Tinjauan awal di sekitar kompleks membeli belah SOGO sejak jam 12.00 tengah hari sahingga jam 04.00 petang keadaan saperti biasa dengan kehadiran warga kota dan juga pelancung yang menjadikan pusat membeli belah SOGO sebagai tumpuan utama selain komplek mebeli belah yang berdekatan saperti Pertama Kompleks dan Pusat Membeli Belah Cambell di samping adanya Pasar Malam TAR yang menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan tumpangan bagi puak puak pendemo untuk menumpang supaya di lihat ramai.

Mungkin rakyat sudah bosan dengan tindakkan segelintir mereka yang tidak memikirkan keselesaan warga kota dan pengunjung kawasan tersebut untuk berlipur bersama keluarga di ketika hujung mingu yang memang menjadi hari cuti umum bagi warga kota. Manakan tidaknya, setiap kali berlakunya demo haram, warga kota akan mengalami kesukaran dan tidak bebas untuk bergerak malah peniaga juga turut mengawal pintu masuk ke kedai mereka di khuatiri jika berlaku rusuhan senang untuk mereka menutup gerai, dan apabila ini berlaku maka peniaga akan emanggung kerugian jualan tidak termasuk jika berlaku kerosakkan harta benda.

Ini lah gambarannya jika segelintir mereka tidak memikirkan hak warga kota yang lain, mereka mengenepikan hak orang lain kononnya apa yang mereka pejuangkan adalah untuk kebaikkan warga tersebut, tetapi ternayata sejak dari awal lagi ia bukan memudahkan malah lebih memudaratkan dan merampas hak keselesaan warga kota yang lain.

Mereka lebih suka terpekik terlolong di jalan raya kononnya kerajaan ini zalim, polis itu zalim, tetapi sahingga kini tiada pun di pelangkung kepala mereka atau di sekat didalam kurungan hanya kerana menjerit jerit dan berkelakuan saperti saperti monyet di dalam zoo.

Mereka masih bebas dan masih boleh terpekik terlolng di jalan raya, Zalimkah kerajaan ini?.

unnamed copy

unnamed (4) copy

unnamed (2) copy

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.