Kiriman pada: Sat, Mar 7th, 2015

#Kitalawan – Langit belum Lagi Runtuh.

Kongsi maklumat ini
Tags

LANGITSecara keseluruhannya, keadaan sekitar bandaraya Kuala Lumpur adalah terkawal walaupun pada asalnya kelihatan seperti langit mahu kelihatan runtuh, Alhamdulillah Allah belum mahu meruntuhkan langitnya kerana masih ada yang beriman dan patuh kepada suruhan Nya.

Cuma tidak kelihatan pemimpin hebat mereka selain yang sedang sedang sahaja, Tidak di sertai oleh Datuk Hadi Awang, Presiden PAS, tidak kelihatan Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng engginer DAP mahupun dari kepimpinan parti Keadilan rakyat sendiri. Tiada Azmin Ali almaklum dah jadi Menteri Besar apa kelas mahu duduk tengah jalan, begitu juga dengan Wan Azizah Presiden Keadilan juga tidak kelihatan, Selain di khabarkan pada waktu pagi berada di Petaling Jaya mungkin kemudiannya terus balik kerumah.

Yang kelihatan hanyalah pemimpin kecil didalam kelompok mereka sendiri tanpa pengikut yang boleh di banggakan. Walaupun di iringi dengan slogan yang rasanya perlu di tukar kerana mungkin pengikut dah muak menyebutnya saperti Hidup..Hidup… , Reformasi… ,

Terpulang jika anda masih mahu negara ini di Jajah...

Terpulang jika anda masih mahu negara ini di Jajah…

Mereka perlu mencipta slogan laungan baru bagi menarik kembali sokongan orang ramai, laungan ini semua dah basi.

Di antara ucapan, kebanyakkanya retorik yang biasa kita dengar ialah “kerajaan tidak menjaga kebajikan rakyat, menyeru rakyat bangkit untuk menuntut hak dan tolak kezaliman untuk membawa perubahan serta menolak amalan rasuah yang dilakukan oleh kerajaan BN”. Entah dimanalah zalimnya kerajaan sahingga hari ini tiada siapa pun boleh huraikan tapi yang nyata hujungnya mesti melibatkan Keluarga Anwar sahaja.

Seorang pemimpin muda dari DAP pula menyebut “rakyat malaysia telah muak dengan kepimpinan BN, menyeru rakyat menolak kepimpinan Najib”., kalau DAP memang lah, jika bukan Najib pun mereka tidak akan pernah menyokong selagi Melayu menjadi Perdana Menterinya.

Seorang lagi pemimpin muda didalam Pakatan yang baru sahaja menjawat jawatan Ketua AMK PKR, pula menyebut ” perhimpunan hari ini yang mencecah 10,000 penyokong adalah tanda solidariti kepada DSAI yang dizalimi oleh kerajaan BN, menegaskan DSAI bukan penjenayah tetapi telah dijadikan tahanan politik, menyeru rakyat menolak kepimpinan kerajaan BN dan Najib didesak berundur”.

Ini juga di kira bercakap tak guna akal, untuk dia menyatakan 10 ribu orang berhimpun itu kita biarkan sahaja siapa yang ada di sana tahu berapa jumlah sebenar yang hadir, kena tolak petugas media dan para tetamu yang datang untuk ber’shoping’ di hujung minggu. Jika mahu di khabarkan setelah di tolak capor tidak sampai pun 2000 orang yang menyertainya. Setakat hantar gambar edit rentikan lah.

Yang paling mengelikan hati apabila ada diantara mereka membawa sepanduk yang meminta agar Datin Seri Rosmah berundur, tak tahulah apa jawatan yang Datin Seri Rosmah pegang didalam kerajaan yang mahu di letakkan jawatannya itu.

Dan seterusnya kita boleh menilai ini lah perjuangan mereka hanya kerana Anwar, Anwar adalah seorang dewa yang tidak boleh di persalahkan dalam artikata apa pun, Anwar bukan penjenayah dan di Malaysia liwat bukan jenayah dan boleh di lakukan secara suka sama suka malah mesti di iktiraf sebagai hak berhubung sesama manusia walaupun bukan mengikut fitrahnya, jika di dapati bersalah maka undang undang itu adalah zalim.

baqarahSama saperti zalim nya ayat Al Baqarah yang di sebut oleh kepimpinan kelompok mereka.

Lihat dengan akal ....

Lihat dengan akal ….

Ini juga perlu di nilai dengan akal dan jangan guna kalculator... biarlah akal yang berbicara

Ini juga perlu di nilai dengan akal dan jangan guna kalculator… biarlah akal yang berbicara

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.