Kiriman pada: Sat, Mar 7th, 2015

#Kitalawan – Pengikut Terlalu Mendewakan Anwar.

Kongsi maklumat ini
Tags

unnamed (14)Benarkah puak puak taksub yang menyokong gerakan #Kitalawan menyanjung Anwar Seumpama Dewa, Sejauh mana anggapan itu benar, jika kita perhatikan sekian lama sekian kurang penyertaan dari masyarakat terhadap pehimpunan demo yang menjurus kepada apa sahaja asalkan bernama untuk Anwar.

Kebanyakkan anak muda ketika di ajukan soalan mengapa mereka berada bersama #Kitalawan pada hari ini, mereka sekadar berkata “ikut sahaja”, Yang akhirnya kita mengetahui mereka ini tidak mempunyai aktiviti lain pada hari ini selain mudah mengikut apabila di ajak bersama menyertai perhimpunan ini sekadar mahu memenuhi aktiviti harian mereka.

Ini memberi gambaran bahawa yang sebenar benar mendewakan Anwar tidaklah ramai sangat, tetapi mereka ini di lihat bijak, mungkin telah di latih bagaimana untuk mempengaruhi anak muda lain dengan pelbagai janji yang tidak dapat di kenal pasti apakah janji janji yang mereka nyatakan, mungkin upah sekadar sepinggan tiga ketul Ayam Goreng Kentucky.

Pelbagai kepincangan yang telah di tunjukkan tetapi mereka masih lagi mempercayai bahawa Anwar itu bersih dan maksum bertaraf Dewa. Pemuja Anwar berkata mereka bersimpati dengan Anwar kerana telah di zalimi oleh pemimpin UMNO.

Jika dah taksub bercakap pun saperti tidak mengunakan akal walaupun berotak. Masakan UMNO yang mahu menzalimi Anwar sedangkan isunya adalah diatara pekerjanya sendiri, yang di lantik sendiri, yang di pilih sendiri atas kreatiria tertentu diantaranya bijak membancuh kopi, mungkin kopi yang di bancuh oleh Saiful lebih sedap dari yang di bancuh oleh Wan Azizah isteri beliau sendiri.

Pernahkah Anwar menyebut bahawa pembantunya ini adalah hasil cadangan dari pemimpin UMNO, Pernahkah Dato Seri Najib menalipon atau memberi ‘minit’ kepada borang permohonan kerjanya? jika tiada dimana pula mahu di kaitkan dengan UMNO, tak ke peliknya pemikiran puak taksub ini.

Kerajaan zalim? dimanakah zalimnya kerajaan di dalam isu perbicaraan liwat yang melibatkan Anwar dan Saiful? hampir tujuh (7) tahun Anwar di beri peluang untuk membela diri dari peringkat makamah rendah sahingga ke peringkat tertinggi didalam sistem perundangan di Malaysia dan rasanya belum ada lagi rakyat Malaysia yang mendapat keistimewaan yang serupa ini.

Benarlah mereka ini terlalu mendewakan Anwar sahingga gagal mengawal akal yang di kurniakan sahingga gagal membezakan diantara taksub dan kasihan serta simpati.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.