Kiriman pada: Tue, Feb 7th, 2017

KJ Gagal Rujuk Kesalahan Lampau Anwar

Kongsi maklumat ini
Tags

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini gagal dalam usahanya untuk merujuk kepada kesalahan lampau Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berhubung penyalahgunaan kuasa dan liwat II sebagai sebahagian daripada pembelaan dalam saman fitnah bekas pemimpin pembangkang.

Peguam Khairy, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon untuk mengemukakan soalan berhubung penghakiman kedua-dua kes berkenaan dan juga keputusan tidak bersalah Anwar berhubung liwat I oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.

Pesuruhjaya Kehakiman, Azizul Azmi Adnan berkata mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung Seksyen 43 Akta Keterangan yang menyatakan bahawa perkara jenayah tidak boleh dibawa dalam perbicaraan sivil.

Peguam Anwar, Sivarasa Rasiah membantah soalan Muhammad Shafee, memetik keputusan sebelum ini mengenai Seksyen 43, manakala Muhammad Shafee memetik kes Anwar lawan S Nallakaruppan yang mana beliau dibenarkan meminda pembelaannya dengan memetik kes-kes berkenaan.

Saman fitnah RM100 juta terhadap Khairy itu berikutan kenyatannya berhubung “main belangkang” dalam sebuah ceramah politik di Lembah Pantai.

Anwar berhujah bahawa frasa itu bermakna bahawa beliau adalah seorang homo-seksual, mempunyai moral rendah serta kecenderungan untuk melakukan jenayah dan maksiat.

Terdahulu, semasa menjawab soalan daripada Shafee, Anwar memberitahu mahkamah beliau mengambil keputusan untuk memfailkan saman itu selepas membaca apa yang dilaporkan dalam Malaysiakini dan selepas menonton video yang disiarkan oleh portal berita itu.

Shafee: Datuk Seri, adakah kamu baca Malaysiakini dulu atau lihat video.

Anwar: Saya baca Malaysiakini dulu dan kemudin lihat video, saya ambil keputusan untuk saman.

Shafee: Kalau ada sumber-sumber elemen fitnah… institusi – tidak seharusnya terbit ucapan itu?

Anwar: Fahaman saya tak semestinya tak laporkan – dalam konteks ini dia (Malaysiakini) lapor

Shafee: Datuk Seri tak saman Malaysiakini dalam hal ini?

Anwar: Ya (tak saman).

Shafee: Adakah kamu hantar LOD (surat tuntutan) kepada Malaysiakini?

Anwar: Malaysiakini beri ruang untuk penjelasan kepada yang ditegur dan dikritik tidak seperti media tempatan.

Shafee: Ada Malaysiakini beri ruang?

Anwar: Ada (dalam) sidang media lain, saya kata kenyataan itu fitnah dan Malaysiakini laporkan.

Shafee: Saya tak ingat ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.