Kiriman pada: Wed, Jan 7th, 2015

KKMM Kerah 120 Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir Kelantan

Kongsi maklumat ini
Tags

AHMAD SHABERY CHEEK / MDECPutrajaya – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah mengerahkan seramai 120 sukarelawan dari pelbagai jabatan dan agensi-agensi di bawahnya di dalam misi membantu kakitangan kementerian itu terjejas akibat banjir di Kelantan.

Program sukarelawan tersebut adalah inisiatif yang dicetuskan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi KKMM dengan matlamat untuk membersihkan pejabat Jabatan Penerangan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan RTM di setiap daerah yang terjejas akibat banjir.

Misi sukarelawan melibatkan dua buah bas, 10 kenderaan pacuan empat roda dan dua van itu telah dilepaskan hari ini oleh Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad di perkarangan pejabat kementerian.

Misi yang diketuai Timbalan Pengerusi Kelab, Datuk Abdul Rahman Mohamad itu turut membawa bersama mereka sumbangan berbentuk makanan kering, lampin pakai buang, al-Quran, pakaian sekolah, telekung dan sejadah untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.