Kiriman pada: Wed, Dec 30th, 2015

KL Sky Tour tarikan baharu di ibu negara

Kongsi maklumat ini
Tags

klsky.transformedSUBANG: Ibu negara kini memiliki tarikan baharu menerusi perkhidmatan pelancongan udara KL Sky Tour yang dilancarkan hari ini.

Perkhidmatan kendalian syarikat Bumiputera, Systematic Aviation Services Sdn Bhd (SAS) itu memberi peluang kepada pengunjung meninjau Kuala Lumpur dari udara dengan menaiki helikopter atau pesawat ringan.

Ketua Pegawai Eksekutif SAS, Ismail Asha’ari, berkata syarikatnya adalah yang pertama secara rasmi menawarkan pelancongan udara di ibu negara dan mendapat kelulusan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

“Pakej yang ditawarkan ialah pelancongan udara selama 30 minit, bermula dari Subang Skypark dan akan melewati beberapa lokasi seperti Sunway Piramid, Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, Batu Caves dan kembali mendarat di Subang Skypark.

“Caj yang dikenakan bagi helikopter Bell 407GX ialah RM3,800 dengan kapasiti maksimum lima penumpang pada satu masa, manakala pesawat Cessna U206G ialah RM1,200 dengan kapasiti empat penumpang pada satu masa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima lawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan di ibu pejabatnya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahmad yang melancarkan KL Sky Tour turut meluangkan masa kira-kira 30 minit menaiki helikopter Bell 407GX bagi mencuba perkhidmatan yang ditawarkan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.