Kiriman pada: Sat, Nov 19th, 2016

Komunis Alaf Baru Mana Yang Menaja Bersih

Kongsi maklumat ini
Tags

komunisDengan segala persiapan termasuk menyediakan pasukan-pasukan keselamatan, kecemasan dan peguam percuma, kumpulan Bersih bukanlah kumpulan yang bertindak secara bersendirian atau dikebdalikan oleh orang persaorangan, tetapi boleh dikatakan sebagai ‘Well-prepared’ untuk menganjurkan aktiviti haram ini.

Sudah pasti penyediaan seperti ini akan melibatkan kewangan yang bukan sedikit, persoalannya dari manakah sumber kewangan kumpulan ini, adakah ianya derma dari orang ramai atau ada badan-badan tertentu yang menyalurkan bantuan dengan tujuan dan niat tertentu, perkara perlu disiasat kerana jika ianya melibatkan negara maka tindakan perlu di ambil.

Walaupun kebelakangan ini terdapat sumber-sumber yang menyatakan bahawa kumpulan Bersih ini telah mendapat tajaan dari penyangak matawang dunia yang mahu menghancurkan negara ini seperti mana yang dilakukan seperti mana Iran, Iraq serta beberapa lagi negara yang sebelum ini hidup dengan aman dan memiliki budaya sendiri.

Jika benar dakwaan bahawa ada penaja dibelakang kumpulan Bersih yang bertujuan mahu menjajah semula dan menghuru-hdarakan n egara, pihak keselamatan eharusnya bertindak tegas menghalang dari ianya berlaku, dan seperti yang kita dapat jangkakan kehadiran warga asing disetiap himpunan Bersih yang dijalankan sering menjadi tanda tanya, untuk apa mereka berada disini.

Mereka bukan sekadar hadir sebagai pemerhati tetapi turut terlibat melakukan rempuhan dan rusuhan yang berlaku, pihak polis seharusnya menahan warga asing ini dari berada dikawasan-kawasan perhimpunan agar segala gerakan mereka dapat disekat lebih awal.

Melihatkan rangkaian penyediaan mereka untuk himpunan haram ini, jelaslah bahawa kumpulan haram Bersih ini mendapat tajaan, kerana untuk membentuk kumpulan pengendali himpunan dengan jumlah yang besar sudah pasti melibatkan kewangan yang banyak, pihak keselamatan negara seharusnya peka dengan situasi ini.

Siasat sedalamnya dari mana mereka mendapat sumber kewangan, komunis alaf baru mana yang menaja mereka.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.