Kiriman pada: Sat, Jan 23rd, 2016

Komuniti Ekonomi Global Perlu Ambil Perhatian Usaha Penstrukran Semula Ekonomi Malaysia

Kongsi maklumat ini
Tags

Malaysia May Raise Interest Rate Further If Needed, Zeti SaysKuala Lumpur – Komuniti ekonomi global perlu mengambil perhatian kepada penstrukturan semula ekonomi yang dilaksanakan Malaysia dalam tahun-tahun kebelakangan ini yang membolehkan negara berkembang hasil daripada permintaan domestik.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz berkata pada era 1990-an Malaysia merupakan sebuah ekonomi didorong eksport tetapi kini tidak lagi.

“Ia didorong oleh permintaan domestik lebih daripada sedekad yang menyelamatkan kita. Inilah sebabnya mengapa kita mencatatkan pertumbuhan lima hingga enam peratus walaupun selepas krisis kewangan global. Ia kerana walaupun perdagangan kita menguncup, tetapi permintaan domestik memacu pertumbuhan kita,” kata Zeti dalam temu bual program The CNBC Conversation semasa Forum Kewangan Asia di Hong Kong baru-baru ini.

Program temu bual itu dihoskan oleh Bernard Lo daripada CNBC Asia.

Menjawab soalan mengenai sama ada Malaysia tidak mendapat pendedahan secukupnya bagi penstrukturan ekonomi negara, Zeti berkata: “Saya percaya Malaysia, termasuk BNM, akan berusaha keras untuk berbuat demikian.”

“Tetapi faktor lain ialah kami adalah negara yang tidak banyak meminjam daripada pasaran modal antarabangsa,” katanya.

Mengenai keupayaan BNM untuk berdiri sendiri, bebas, dan dilindungi walaupun selepas perkhidmatan beliau berakhir pada April ini, Zeti berkata beliau menghabiskan banyak masa dan perhatian bagi memulakan penggubalan undang-undang.

“Semasa tempoh perkhidmatan saya, kami telah menggubal lebih 10 undang-undang bagi sektor kewangan dan ini memberikan kepastian dan kebolehramalan.

“Kemudian terdapat satu proses tadbir urus yang juga dimulakan dalam proses membuat keputusan, dan malahan pemilihan gabenor baharu akan melalui jawatankuasa tadbir urus lembaga yang terdiri daripada individu sektor swasta,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.