Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

Konflik Mukhriz Apa Akan Berlaku Seterusnya?

Kongsi maklumat ini
Tags

konnnDS Mukhriz Mahathir memegang 2 jawatan tertinggi di Kedah iaitu:
1. Pengerusi UMNO negeri Kedah
2. Menteri Besar Kedah
Sebagai Pegerusi UMNO negeri, kita rujuk Fasal 12.5 Perlembagaan UMNO:
“Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan negeri hendaklah dilantik oleh Presiden yang mereka memegang jawatan masing-masing selama tempoh Majlis Tertinggi tetapi boleh berhenti atau diberhentikan oleh Presiden pada bila-bila masa.”
Untuk jawatan Menteri Besar Kedah pula, kedudukan Mukhriz Mahathir hanya boleh ditentukan menerusi undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri atau kuasa pada Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
Oleh kerana tiada sidang DUN Kedah sekarang, kuasa membuat keputusan berkaitan kedudukan Mukhriz tertakluk di bawah Jemaah Pemangku Sultan Kedah kerana Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah ketika ini memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Perkara 34. Ketidakbolehan Yang di-Pertuan Agong, dsb.
(1) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja Negerinya kecuali fungsinya sebagai Ketua agama Islam.
Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya.
Dalam masa yang sama, politik ini ibarat ‘vicious cycle’ tetapi dalam masa yang sama, seperti satu trend di mana kepimpinan UMNO tidak lagi menggunakan saluran dalaman parti untuk mengemukakan permasalahan.
Akibatnya, akan timbul pelbagai spekulasi yang tidak enak tentang parti UMNO dan pakatan pembangkang akan tepuk tangan keriangan kerana rakyat tidak lagi fokus kepada betapa teruk dan tidak efesiennya Pembangkang.
Ironinya, ahli-ahli parti diminta dan dimomokkan supaya menghormati kepimpinan, tidak menegur secara terbuka dan menggunakan saluran dalaman parti.

 

WakeUp Malaya

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.