Kiriman pada: Mon, Dec 21st, 2015

KONGLOMERAT, MNC TEMPATAN DIGESA MANFAATKAN SKIM PH

Kongsi maklumat ini
Tags

fhdsKuala Lumpur – Konglomerat dan perbadanan multinasional (MNC) tempatan yang menggunakan Malaysia sebagai asas perniagaan serantau dan global masing-masing, digesa memanfaatkan skim Hab Prinsipal (PH) yang disediakan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud , dengan Malaysia sebagai lokasi optimum PH masing-masing, konglomerat dan MNC mempunyai lebih banyak fleksibiliti untuk memberi perkhidmatan ke atas syarikat rantaian yang menampung pasaran Asia Pasifik dan global masing-masing.

“Skim itu juga sesuai untuk trend semasa dalam cara mereka mengurus operasi perniagaan di peringkat global, memandangkan MNC semakin meningkatkan usaha untuk memusatkan fungsi menambah nilai strategik utama masing-masing bagi memaksimumkan nilai, selain lebih berkesan dari segi kos,” katanya.

PH yang berkuat kuasa 1 Mei tahun ini, menyokong sepenuhnya MNC tempatan dan asing dalam dagangan luar pesisir masing-masing.

Ia mengurangkan halangan sebelum ini yang berkaitan Pusat Pemerolahan Antarabangsa, dan skim Pusat Pengedaran Serantau, seperti had menurunkan penghantaran, syarat pengedaran jenama dan syarat memberi perkhidmatan kepada kemudahan pengeluaran tempatan di Malaysia.

Selain itu, Fleksibiliti Tukaran Asing juga dibenarkan dan disesuaikan untuk memenuhi keperluan setiap PH dalam menyediakan perkhidmatan kepada syarikat rantaian.

Azman berkata sepanjang lima bulan pertama pelaksanaannya, MIDA meluluskan beberapa projek PH daripada MNC utama dalam industri bersasaskan sumber dan aeroangkasa, dengan pelaburan bernilai RM703.7 juta serta pewujudkan 165 pekerjaan bernilai tinggi, sebahagiannya untuk rakyat Malaysia.

Projek ini melibatkan penggunaan perkhidmatan sokongan tempatan, terutama logistik, perkhidmatan perniagaan dan kewangan.

MIDA kini menimbang sejumlah permohonan untuk PH bernilai RM1.3 bilion.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.