Kiriman pada: Sat, Aug 22nd, 2015

Konspirasi Jatuhkan Kerajaan: ‘Ini Betul-Betul, Bukan Cubaan’

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDISegamat – “Ini betul-betul, bukan cubaan,” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan melalui “pintu belakang” bukan sandiwara ciptaannya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO sebaliknya berkata pendedahannya itu adalah sesuatu yang sahih melalui sumber dan risikan agensi bertanggungjawab.

“Saya perolehi dengan tepat dan tidak menambah atau berkurang faktanya. Konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan ini akan berlaku jika tidak disekat.

“Ini betul-betul. Bukan cubaan,” katanya seolah-olah mengulangi ungkapan guru silat Wak Mustarjo dalam filem “Pendekar Bujang Lapuk”.

“Kita kena sekat daripada awal dan tidak rela dijatuhkan pembangkang dengan cara ini,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sekijang.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Sekijang Datuk Dr Baharum Mohamed, Timbalan Ketua UMNO bahagian itu Alus Kassim, dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kemelah Datuk Ayub Rahmat.

Ahmad Zahid berkata, setiap laporan risikan itu akan diperiksa pula secara berulang kali sebelum faktanya disahkan.

“Kemudian laporan itu (risikan mengenai konspirasi) barulah diserahkan kepada saya.

“Menerusi risikan itu mendapati pihak pembangkang mahu menubuhkan ‘unity government’ atau kerajaan bersatu yang membabitkan 88 anggota Parlimen pembangkang dan mahu menarik 40 anggota Parlimen daripada Barisan Nasional (BN),” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.