Kiriman pada: Tue, Jul 21st, 2015

Konspirasi Jatuhkan Kerajaan Serius

Kongsi maklumat ini
Tags

dgfdfPORT DICKSON – Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap pihak-pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan.

“Perkara ini sesuatu yang serius dan kita tidak boleh pandang ringan. Kalau ada mana-mana pihak yang cuba untuk menjatuhkan kerajaan seperti yang didakwa, ia sesuatu yang tidak baik dan perlu segera dihentikan.

“Saya percaya rakyat kita pun tidak mengizinkan perkara ini berlaku,” katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Felda mengulas dakwaan mengenai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara dan menjejaskan keselamatan nasional.

Laporan menyebut bahawa pemimpin pembangkang telah mengadakan pertemuan dengan bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo untuk membeli maklumat daripadanya bagi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Mohd. Isa berkata, perkara ini masih lagi dalam siasatan dan beliau percaya mungkin lebih banyak lagi perkara-perkara baharu yang akan timbul.

“Sebab itulah mereka ini (pemimpin pembangkang) menggunakan isu seperti 1MDB dan sebagainya. Yang paling baik bagi rakyat ialah mengambil pendekatan tunggu dahulu. Dalam hubungan ini, kita kena percaya kepada organisasi yang memang ada dalam kerajaan seperti Jabatan Audit Negara.

“Kita juga mesti yakin pada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia…biar mereka buat.

“Jadi, apabila kita sudah mendengar semua, baru kita buat kesimpulan,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.