Kiriman pada: Fri, Dec 23rd, 2016

Kontrak RM507.77j Kepada MMDC Disiasat

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Kementerian Pengangku­tan sedang menjalankan sia­­satan dalaman terhadap isu kontrak bernilai RM507.77 juta yang telah diberikan kepada Malaysian Maritime and Dredging Corporation Sdn. Bhd. (MMDC) bagi projek penggalian sungai di seluruh negara.

Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya memandang serius terhadap pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (Siri 2) pada 2015 dan telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Seri Sa­ri­­puddin Kasim untuk menyiasat isu tersebut.

Malah, kata beliau, kementeriannya juga sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi merungkai ketirisan yang dikaitkan dengan isu kontrak itu dalam memastikan imej kerajaan bebas daripada sebarang elemen penyelewe­ngan.

“Kami mengalu-alukan SPRM menjalankan siasatan ke­ra­na ia merupakan perkara yang serius dan mahu ketelusan dalam perkara ini.

“Kementerian kami sedang menjalankan siasatan da­la­man dan berharap dapat menemui ja­wa­­pannya secepat mungkin,” katanya ke­tika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara (Siri 2) pada 2015 yang dibentangkan pada Isnin lalu di Dewan Rakyat memaklumkan Jabatan Laut dikesan mempunyai beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek pengorekan untuk pelaya­ran kapal di perairan negara di bawah kementerian tersebut.

Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah pelantikan MMDC untuk kerja pengorekan dibuat tanpa asas kukuh kerana pada masa pelantikan, MMDC baru ditubuhkan dan tiada kelulusan daripada Kabinet.

Menurut laporan itu, Kementerian Pe­­ngangkutan menerima 15 tawaran kontrak untuk menjalankan kerja pe­ngorekan di pelabuhan seluruh negara.

Bagaimanapun, semua tender dibatalkan dan kontrak itu diberikan kepada MMDC, yang ditubuhkan pa­da Jun 2002.

Keputusan berkenaan dibuat oleh Kementerian Kewangan yang ketika itu diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad dan perjanjian kontrak antara kerajaan dan MMDC itu ditandatangani pada Oktober 2005.

Tempoh kontrak itu adalah untuk 15 tahun, bermula dari 19 Oktober 2005 hingga 18 Oktober 2020, namun Jabatan Audit Negara tidak menemui dokumen berkaitan pe­rolehan kontrak terbabit.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.