Kiriman pada: Thu, Jul 16th, 2015

Korban meningkat

Kongsi maklumat ini
Tags

KHALID ABU BAKAR / KEMPEN BALIK KAMPUNGKuala Lumpur: Angka kematian akibat kemalangan jalan raya terus meningkat dengan 116 kematian berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 86 kematian sepanjang lima hari Op Selamat 7/2015.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, selain itu, kadar kemalangan jalan raya meningkat dengan 7,274 kes berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan 7,153 kes.
Menurutnya, angka itu jelas menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun lalu menyebabkan polis akan mengambil langkah proaktif bagi memastikan semua pengguna mematuhi peraturan ditetapkan dan memandu secara berhemah.
“Ini sangat membimbangkan dan saya meminta cawangan trafik supaya mempertingkatkan kawalan dan penguatkuasaan di lokasi panas sering berlaku kemalangan.
“Johor mencatat angka kematian tertinggi dengan 20 kematian diikuti Selangor (17) serta Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak dengan masing-masing sembilan kematian,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Op Selamat di Plaza Tol Gombak, semalam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.