Kiriman pada: Thu, Feb 18th, 2016

KPDNKK Johor Rampas 168 Tong Gas LPG Bersubsidi

Kongsi maklumat ini
Tags

fdhdsjJohor Bahru – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor merampas sejumlah 168 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi bernilai RM13,400 yang cuba dijual secara haram dalam serbuan di sebuah stor LPG di Ulu Tiram, semalam.

Timbalan Pengarahnya, Mohamad Mokhtar Yeop berkata, serbuan dalam Op Gasak itu dilakukan lima anggota penguat kuasa, hasil daripada maklumat orang awam dan intipan pasukan itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat ketika serbuan pada pukul 2.30 petang itu dan pihaknya percaya kawasan edaran bagi sindiket ini ialah di kawasan Ulu Tiram dan Johor Jaya, katanya dalam kenyataan hari ini.

“Sabit kesalahan, seorang individu boleh dikenakan denda RM1 juta atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama serta denda RM3 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan seterusnya.

“Bagi syarikat pula, ia boleh didenda RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan berikutnya,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.