Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

KPN Beri Amaran Terhadap Media Online

Kongsi maklumat ini
Tags

KHALID ABU BAKAR_SECURITY_I CITYKUALA LUMPUR – Polis akan mengambil tindakan terhadap media online yang menggunakan sumber sebagai laporan berita mengenai ancaman militan IS.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, laporan yang memetik sumber itu juga seperti menyebarkan khabar angin bagi membangkitkan kegusaran masyarakat.

“Janganlah suruh saya mengambil tindakan sekarang, saya telah mengeluarkan peringatan dan amaran, jangan ulangi lagi tindakan itu,” katanya.

Beliau berkata, ia adalah perkara yang sensitif untuk dibincangkan.

“Kalau kita tengok di media sosial ada pihak yang cuba mempermainkan perkara ini, kita sedang memantau dan akan mengambil tindakan,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, polis masih meningkatkan kawalan keselamatan di tempat tumpuan orang awam bagi memberi keyakinan kepada masyarakat berhubung tahap kawalan keselamatan.

“Masyarakat juga harus memainkan peranan seperti mengambil langkah melaporkan apa juga perkara berkaitan aktiviti terrorisme,” katanya.

Selain tempat tumpuan awam, pihak berkuasa juga akan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan untuk menangani kemungkinan serangan pengganas.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.