Kiriman pada: Mon, Jul 6th, 2015

KPN jumpa Pengerusi MARA tengahari ini

Kongsi maklumat ini
Tags

KPN-600x360KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tan Sri Annuar Musa di Bukit Aman tengahari ini.

Namun demikian, Khalid berkata beliau tidak tahu tentang motif perjumpaan itu.

“Saya tidak diberitahu tujuan. Beliau (Annuar) memohon untuk bertemu dengan saya.

“Saya biasa terima ramai pengunjung sebenarnya. Sesiapa yang hendak jumpa saya bolehlah jumpa.

“Jadi, kita akan tunggu dan lihat,” katanya semasa satu sidang media selepas Majlis Penyerahan topi keledar kepada petugas trafik anjuran syarikat tele-komunikasi Celcom, di sini, hari ini.

Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan Annuar bakal berjumpa Khalid dipercayai berkaitan dengan skandal pembelian hartanah anak syarikat MARA, MARA Inc. di Melbourne, Australia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.