Kiriman pada: Fri, Jul 24th, 2015

KPN Temui Ketua Polis Thai Bincang Kes Justo

Kongsi maklumat ini
Tags

TAN SRI KHALID ABU BAKARBangkok – Ketua Polis Negara Malaysia Tan Sri Khalid Abu Bakar mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai warga Swiss Xavier Andre Justo yang dituduh mengugut bekas majikannya, PetroSaudi International.

Pihak berkuasa Thai bagaimanapun belum memutuskan sama ada akan membenarkan polis Malaysia menyoal siasat Justo, kini dalam tahanan Thai, atas alasan Malaysia harus menggunakan saluran sewajarnya bagi mendapatkan maklumat diperlukan.

Ketua polis Thai Jen Somyot Poompanmoung, selepas pertemuan dengan Khalid, berkata: “Kami tidak dapat memberi keputusan atau jawapan hari ini, tentang sama ada membenarkan (Polis Malaysia menginterbiu Justo) kerana kami perlu tahu sebab dan keperluannya, dan sama ada ia berkait dengan kes berkenaan.”

Jika sekalipun kebenaran diberikan, kami perlu juga mempertimbangkan apa yang polis Malaysia boleh dan tidak boleh lakukan oleh kerana Justo bukan warga Malaysia dan tidak melakukan kesalahan di Malaysia.

Somyot berkata polis Thai perlu menyelesaikan siasatannya dahulu.

Katanya, Justo berkemungkinan didakwa atas percubaan mengugut.

Khalid ke Bangkok atas lawatan tidak rasmi dan mengadakan pertemuan selama 50-minit dengan Somyot pada jam 2 petang semalam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.