Kiriman pada: Mon, Feb 13th, 2017

Krisis Dalaman DAP Terserlah

Kongsi maklumat ini
Tags

Lundu – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan empat wakil rakyat DAP meletak jawatan daripada parti itu mendedahkan krisis dalaman yang sedang melanda parti berkenaan.

Beliau berkata, tindakan empat pemimpin terbabit dipercayai didorong perasaan kecewa dan sebagai tanda protes terhadap kerjasama yang dijalin pucuk pimpinan dengan individu yang pernah menghentam DAP sebelum ini.

“Adalah jelas bahawa DAP kini menghadapi krisis dan jelas menunjukkan wujudnya masalah dalaman,” katanya mengulas peletakan jawatan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bachang, Lim Jak Wong,
ADUN Kesidang, Chin Choon Seong dan ADUN Duyong, Leong San daripada DAP, awal hari ini.

Zahid berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Mesra Bersama anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di sini, hari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.