Kiriman pada: Mon, Aug 17th, 2015

Krisis Ekonomi 1997 Lebih Teruk Tetapi Diatasi Dengan Sokongan Kepada

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKGerik – Krisis ekonomi pada 1997 adalah lebih teruk daripada ketika ini tetapi berjaya diatasi kerana adanya sokongan anggota pentadbiran kepada perdana menteri ketika itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sehari dua ini, orang selalu sebut mengenai nilai Ringgit, kalau kita ingat krisis ekonomi 1997 lagi dahsyat dari sekarang.

“(Nilai) Ringgit Malaysia jatuh, masa itu hutang badan syarikat dalam Dollar, bank kita pula di bawah capitalise dan terpaksa kita tambat Ringgit tapi akhirnya kita berjaya melepasi krisis itu,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Gerik di Dewan Serbaguna Gerik.

Beliau berkata anggota pentadbiran mahupun anggota UMNO perlu yakin kepada pucuk pimpinan yang menerajui sekarang bagi menjamin masa hadapan negara.

“Kalau nak kira masalah, zaman saya boleh kata tiada berapa banyak masalah, zaman orang lain yang memerintah 22 tahun barangkali lebih besar masalahnya, tetapi setiap masalah itu berjaya dilepasi kerana orang macam saya beri sokongan padu ketika itu,” katanya.

“Kalau nak cakap, semua negara yang eksport komoditi semua jatuh (mata wang). New Zealand lagi teruk … tiada isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) tapi keadaan lebih teruk. Ini sebab faktor-faktor luar kawalan kita,” katanya.

Datuk Seri Najib berkata isu kenaikan harga minyak atau getah yang dikaitkan dengan krisis ekonomi masa kini merupakan permainan politik.

“Siapa boleh kawal harga minyak Malaysia, tak boleh. Kita boleh kawal harga getah? tak boleh. Ia sebenarnya bergantung kepada pasaran dunia. Bila ekonomi China berkembang orang beli kereta, bila menguncup orang kurang beli kereta, kurang beli tayar (diperbuat daripada getah), itu sebabnya harga getah menurun.

“Yang menjadi beban apabila jadi Perdana Menteri bila harga minyak naik, PM salah. Bila harga minyak turun, tiada pula dapat ‘credit’ (pujian). Tetapi bila RON 95 naik, Perdana Menteri juga yang kena. Ini tidak betul, ini mainan politik,” katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan anggota UMNO agar tidak terpedaya dengan taktik kotor dalam menjatuhkan parti berkenaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.