Kiriman pada: Fri, Aug 14th, 2015

KSN Saran Taska Di Kementerian, Jabatan Kerajaan Guna Modul Permata

Kongsi maklumat ini
Tags

TAN SRI DR ALI HAMSAPutrajaya – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menyarankan taman asuhan kanak-kanak (Taska) di kementerian atau jabatan kerajaan menggunakan modul Program Permata Negara (Permata), yang dibangunkan melalui kajian komprehensif, dalam pembelajaran.

Pengajaran dan pembelajaran terkini membentuk daya pemikiran kanak-kanak yang lebih kreatif dan inovatif, katanya semasa merasmikan Taska-Tabika Permata Puspanita, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Kompleks B JPM.

Taska-Tabika dua tingkat bernilai RM4.5 juta itu, yang dibina berasingan dari premis kerajaan, beroperasi sejak Januari lepas dan mempunyai 373 pelajar.

Ditubuhkan pada 2010, Permata yang dinaungi isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, menawarkan pendekatan alternatif dalam bidang asuhan dan didikan awal kanak-kanak.

Program itu menekankan pembinaan keupayaan untuk merangsang minda menggunakan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami sendiri melalui pendekatan bersesuaian dan menyeronokkan sesuai dengan fitrah semulajadi mereka.

Kurikulum Permata dibentuk sekumpulan pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti setelah mengkaji pelbagai kurikulum sedia ada yang diguna pakai di seluruh dunia.

Dalam pada itu, Ali berkata semua bangunan kerajaan digalakkan menyedia kemudahan Taska dan Tabika (taman bimbingan kanak-kanak) bagi memberikan kemudahan dan ketenangan kepada ibu bapa semasa bekerja.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.