Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

KTMB sedia perkhidmatan komuter 24 jam sempena Thaipusam

Kongsi maklumat ini
Tags

5338295642_7803b636bd_bKUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan KTM Komuter 24 jam selama empat hari bermula 22 Jan sempena sambutan Thaipusam Ahad ini.

Menerusi satu kenyataan media, KTM berkata perkhidmatan terus-menerus tanpa henti ini akan disediakan bagi laluan dari Batu Caves ke Seremban serta Rawang ke Port Klang.

Menurut kenyataan itu, KTM Komuter akan melanjutkan waktu operasinya selepas waktu perkhidmatan sedia ada dengan menyediakan tren tambahan di antara pukul 12 tengah malam hingga 5.30 pagi, dengan kekerapan pada setiap sejam pada 22 dan 23 Jan.

Manakala pada 24 dan 25 Jan, kekerapan tren dipertingkatkan lagi kepada setiap 20 minit.

KTM berkata perkhidmatan pengangkutan ini disediakan untuk orang ramai, khususnya kepada penganut Hindu serta para pelancong, yang ingin berkunjung ke Batu Caves semasa perayaan berlangsung.

Malah, pada tahun ini, masyarakat di utara terutamanya kaum India juga berpeluang menggunakan perkhidmatan KTM komuter untuk menyambut perayaan Thaipusam Pulau Pinang dan Sungai Petani.

Buat kali pertama, KTMB akan menambah 48 perkhidmatan tren KTM Komuter pada 22 sehingga 24 Jan bagi tiga laluannya di sektor utara yang melibatkan laluan dari Padang Besar ke Butterworth.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.