Kiriman pada: Mon, Feb 6th, 2017

Ku Nan Sedia Beri Keterangan

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sedia memberi keterangan berhubung laporan Melayu dipinggirkan di Pulau Pinang.

Ia adalah susulan laporan polis oleh Ahli Parlimen DAP Segambut , Lim Lip Eng.

Menyelar tindakan pembangkang yang didakwa menyalah tafsir kenyataannya, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Pembangkang tak baca kenyataan saya betul-betul, semua bangsa di Pulau Pinang dipinggirkan tapi pembangkang cuma petik bangsa Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina 2017 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini.

Tengku Adnan turut membidas pembangkang yang mendakwa beliau mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan.

“Ia cuma cadangan dan kita menyimpan harapan supaya Melaka, Langkawi dan Pulau Tioman menjadi Wilayah Persekutuan,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.