Kiriman pada: Thu, Feb 25th, 2016

Kuala Lumpur Masih Selamat.

Kongsi maklumat ini
Tags

Militan-600x360Jaminan di Kuala Lumpur masih selamat dan terkawal seharusnya melegakan banyak pihak sama ada rakyat tempatan ataupun pelancung asing, penegasan mengenai perkara itu oleh ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pastinya mempunyai asas-asas yang kukuh.

Paling penting mereka yang berurusan di ibu negara atau pelancung yang melawat kotaraya tidak perlu risau, orag ramai masih bebas untuk bergerak kemana sahaja tanpa perlu bimbang akan soal keselamatan.

Semuanya angkara amaran berjaga-jaga terhadap ancaman penganas di kotaraya Kuala Lumpur yang di keluarkan oleh kerajaan Australia, pihak berkuasa Cembra menerusi laman sesawang rasminya mengingatkan rakyat negara itu di Malaysia supaya berwaspada dengan ancaman penganas yang mungkin berlaku di sekitar Kuala Lumpur.

Amaran itu mengundang rasa kesal Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana ia di keluarkan tanpa dirujuk dan dikongsi bersama dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), sepatutnya pihak berkuasa Malaysia dimaklumkan mengenai perkara itu terlebih dahulu bagi mengelak imej Kuala Lumpur menjadi buruk selain menakutkan rakyat negara ini.

Tidak dinafikan pihak berkuasa Cembra bebas untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau amaran seperti itu namun sebagai negara yang mempunyai hubungan baik dalam usaha menangani keganasan global, adalah lebih wajar mereka menghubungi PDRM terlebih dahulu sebeum mengeluarkan sebarang amaran.

Tambahan pula kita sering mengwar-warkan mengenai kerjasama khususnya dari segi perkongsian dan pertukaran maklumat, semua negara juga seharusnya bersatu padu dalam menangani ancaman penganas.

Apa yang dilakukan oleh Australia itu amat tidak wajar dalam kontek hubungan dua hala, Cembra sepatutnya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang boleh mencetuskan kebimbangan umum, dengan mengeluarkan amaran seumpama itu.

Semua pihak juga sedia maklum pihat keselamatan negara ini telah mengambil segala langkah untuk meningkatkan lagi usaha menangani ancaman keganasan susulan serangan penganas di beberapa bandar besar dunia.

Malah kerajaan sering kali menegaskan bahawa penganas dan keganasan ekstremisme akan di tangani dengan segera mengunakan pendekatan yang lebih komprehensif, antara usaha kearah itu adalah dengan mengukuhkan undang-undang dan operasi penguatkuasaan undang-undang, perisikan serta mempergiatkan pasukan keselamatan.

Ini termasuk memperkenalkan Akta Majlis Keselamatan Negara 2015, yang akan membolehkan kerajaan bertindak dengan lebih berkesan dalam menangani kejadian keganasan.

Kesimpulannya rakyat dan pelancung asing tidak perlu bimbang semasa berada di Kuala Lumpur kerana PDRM sentiasa komited dalam memerangai jenayah keganasan, buktinya tangkapan demi tangkapan yang dilakukan terhadap rakyat Malaysia yang ingin menyertai perjuangan militan Daesh.

Bagaimana pun semua pihak perlu sentiasa berwaspada dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak PDRM bagi memastikan Malaysia terus bebas daripada sebarang ancaman keganasan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.