Kiriman pada: Wed, Aug 26th, 2015

Kuala Lumpur Saksi Kejayaan Penting Dalam Rundingan RCEP

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI MUSTAPHA MOHAMEDKuala Lumpur – Mesyuarat ke-47 Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) yang baru berakhir, melakar sejarah penting dalam rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) apabila menteri-menteri ekonomi memgetepikan perbezaan untuk mencapai kesepakatan dalam modaliti barangan.

Perkembangan terbaharu ini membuka ruang untuk rundingan pusingan berikutnya yang akan berlangsung di Busan, Korea Selatan pada Oktober.

Keyakinan juga tinggi bahawa perjanjian itu akan dimuktamadkan menjelang akhir 2015 atau kemungkinan pada 2016 berdasarkan hanya beberapa isu teknikal kecil yang perlu diselesaikan.

Berikutan halangan yang dihadapi dalam sembilan rundingan sebelum ini, pihak yang terlibat dalam rundingan itu gagal mencapai kesepakatan.

Namun, dalam pertemuan di Kuala Lumpur, mereka berjaya mengatasi halangan meskipun tuntutan negara masing-masing yang berbeza.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang memain peranan penting dalam merapatkan jurang antara negara yang berunding, menyifatkan kejayaan mesyuarat peringkat menteri RCEP sebagai kejayaan penting kerana jika tidak, rundingan itu tidak akan bergerak ke depan.

Pada mesyuarat di Kuala Lumpur, anggota rundingan juga bersetuju menjayakan aspirasi untuk memansuhkan tarif sehingga 80 peratus dalam tempoh 10 tahun berbanding 65 peratus yang dipersetuji semasa RCEP ditubuhkan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.