Kiriman pada: Wed, Dec 16th, 2015

Kuasa Autonomi Akan Lonjakkan IPT Lebih Sistematik, Berdaya Saing

Kongsi maklumat ini
Tags

hrjKuala Lumpur – Kerajaan mahu lebih banyak institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini mempunyai kuasa autonomi dalam usaha menjadikan institusi berkenaan lebih sistematik dan berdaya saing, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Seri Dr Zaini Ujang.

Beliau berkata kuasa autonomi tersebut merangkumi urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik.

“Kita mahu lebih banyak universiti berautonomi iaitu membuat keputusan sendiri kerana universiti-universiti di luar negara sudah ada autonomi masing-masing.

“Di Malaysia, institusi pengajian tinggi masih terikat kepada agensi pusat iaitu perlu mendapat kebenaran dengan KPT…KPT pula perlu mendapat kebenaran daripada Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tama pada Majlis Persidangan Kepimpinan dan Governan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kali kedua semalam..

Zaini berkata negara-negara ASEAN lain turut mengaplikasikan sistem autonomi termasuk Singapura sehingga membolehkan institusi pengajian tinggi di negara berkenaan membayar gaji lebih tinggi kepada kakitangan akademik.

Persidangan anjuran Universiti Malaya dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) itu, bertujuan mengenal pasti kaedah terbaik yang boleh digunakan universiti awam, swasta dan universiti negara ASEAN bagi memastikan kualiti pendidikan memenuhi permintaan global dan meningkatkan reputasi sesebuah IPT.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.