Kiriman pada: Thu, Jul 30th, 2015

Kuching diisytihar Bandaraya Perpaduan

Kongsi maklumat ini
Tags

kuchingKUALA LUMPUR: Ibu negeri Sarawak, Kuching, akan diisytihar sebagai ‘Bandaraya Perpaduan’ dalam satu majlis khas yang diadakan di Stadium Perpaduan Kuching pada 1 Ogos ini.

Pengisytiharaan itu sekali gus menjadikan Kuching sebagai bandar raya pertama di Malaysia dan juga di dunia yang menerima gelaran tersebut.

Cadangan untuk mengisytiharkan Kuching sebagai Bandaraya Perpaduan ini diusulkan oleh Yayasan 1Malaysia pada 7 April lalu kepada Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem.

Menurut Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar, kelayakan Kuching adalah berdasarkan suasana interaksi kaum yang positif yang menjadi amalan negeri itu seperti perkahwinan campur serta kepekaan penghuninya terhadap budaya etnik masing-masing.
Antara lain, kata Dr Chandra, penggunaan bahasa Sarawak sebagai bahasa pertuturan utama di negeri itu turut menyumbang kepada perpaduan rakyat.

Sementara itu, sebuah forum akan diadakan pada 2 Ogos jam 9 pagi bertempat di Hotel Pullman, Kuching bagi menjelaskan perkara ini.

Antara ahli panel yang dijemput adalah Prof Madya Madeline Berma dan Prof Micheal Leigh.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.