Kiriman pada: Fri, Jan 22nd, 2016

Kukuhkan muafakat melalui semangat kejiranan

Kongsi maklumat ini
Tags

ke_02.1KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia disarankan agar menguatkan azam 2016 dengan mengukuhkan lagi perpaduan mengukuhkan muafakat melalui semangat kejiranan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan telah mengusahakan kempen-kempen penyatuan nasional berasaskan gagasan 1Malaysia.

“Pada zaman dahulu di kawasan luar bandar, semangat kejiranan sangatlah tinggi.

“Sekiranya ada berita baik maka riuhlah di kampung, kalau ada kenduri satu kampung juga akan bergotong-royong, memasak, melakukan persiapan, mengemas dan sebagainya.

“Jalinan silaturahim mereka sangatlah erat,” katanya dalam perutusan hari ini.

Najib berkata, semangat kejiranan dikalangan rakyat mutakhir ini kian runtuh terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.

“Mungkin kerana sibuk dengan pekerjaan kita, keluar awal pagi dan balik lewat malam.

“Ada antara kita tidak kenal jiran sebelah rumah,” katanya lagi.

Najib berkata rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di bandar perlu memperbanyakkan interaksi sesama jiran tetangga.

“Sayang sekali jika kita tidak mengamalkan kehidupan berjiran dengan baik kerana jiran kitalah orang yang terdekat yang boleh membantu kita didalam kesusahan,” ujar beliau.

Perdana Menteri menjelaskan menjalinkan hubungan baik dengan jiran tetangga merupakan langkah pertama ke arah perpaduan nasional dan keharmonian sejagat yang berterusan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.