Kiriman pada: Tue, Jan 31st, 2017

Kumpulan Dewataraya Mula Cuba Mengkafirkan UMNO

Kongsi maklumat ini
Tags

Nampaknya kumpulan Dewataraya dan Mahadewata telah mula memainkan isu kononnya PAS kini sudah mula berbaik dengan UMNO dan menjadi pnca mengapa mahadewata tidak mahu berkompromi dengan PAS dalam politik.

Malah ada pengikut Mahadewataraya mengatakan penolakkan Mahadewataraya bertepatan dengan kehendak Islam kerana Hadi Awang sekarang ini telah murtad kerana mula berbaik dengan UMNO yang suatu ketika dahulu telah dikafirkannya.

Selepas mengharamkan BR1M dan mengatakan kerja Haji dari sumbangan 1MDB tidak mabrul, maka kini Mahadewataraya mula bermain kata-kata untuk mengkafirkan UMNO, melalui kumpulan Dewataraya mereka mula membuat serangan saikologi untuk mengkafirkan UMNO dan meminta agar Ahli PAS untuk tidak menyertai tindakan presiden mereka yang mahu berbaik dengan UMNO.

Tiada pun rasanya pihak UMNO melontarkan sejadah atau kapet merah kepada parti PAS terutama kepada Presiden mereka kononnya ingin duduk semeja untuk bersatu didalam politik seperti mana yang dibuat oleh PAS terhadap DAP satu ketika dahulu yang menghalalkan kerja sama mereka bersama kafir atas jalinan kerjasama Tahaluf Siyasi.

Lantak ler apa sahaja tafsiran mereka terhadap hubungan tahaluf siyasi ini, kerana pada mereka apa sahaja yang mereka lakukan adalah bertepatan dan kehendak hukum syarrak, tetapi jika terkena pada UMNO maka ianya adalah jalan menuju kemungkaran, akhirnya kita dapat melihat sendiri apa yang berlaku dengan hubugan baik atas nama Tahaluf Siayasi ini.

Baik, kembali semula kepada mirip tuduhan bahawa Mahadewata yang mula mempromosikan bahawa UMNO ini sebuah parti kafir kerana cuba berbaik dengan Hadi Awang yang telah menobatkan bahawa UMNO ini adalah sebuah parti kafir pada 7 April 1981 ketika berucap di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu dan 3 bulan kemudiannnya Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri.

Diketika itulah Mahathir dan UMNO berperang dengan PAS dan sering memperbetulkan apa sahaj salah tanggap PAS terhadap parti UMNO, dan selama itulah Mahathir, UMNO dan Barisan Nasional bermusuhan dari segi politik malah ada disesetengah kawasan dan negeri ianya turut melibatkan kefahaman agama Islam yang dianuti.

Pokoknya sekarang setelah melepaskan jawatan dan mula berbaik dengan pembangkang dibawah telunjuk DAP maka Mahathir sudah mula mengiakan kan segala kata-kata Hadi Awang dan mula mempromosikan bahawa UMNO ini adalah parti kafir dan menuduh Hadi Awang sebagai seorang yang murtad kerana mahu menjalinkan hubungan dengan UMNO yang dikatakan kafir.

Begitulah kumpulan Dewataraya yang boleh menjatuhkan hukum halal-haram mengikut kesesuaian dan kehendak pentaksub puak mereka, jika tidak menepati kehendak maka hukuman perlu dijatuhkan, biarpun hubungan UMNO dan PAS ini adalah berkisarkan kepada agama dan bukan kepada soal politik.

Tetapi demi meraih sokongan yang terdesak kepada PAS maka kumpulan Mahadewataraya mula menakut-nakutkan ahli PAS dengan isu kafir ini, kerana pemain politik tahu ahli PAS cukup takut dan pobia dengan tuhuan sebagai kafir ini, kerana perkara kafir ini lah yang menyebabkan mereka berpisah dan berpecah belah dengan keluarga, anak dan isteri, adik dan abang.

Kumpulan Mahadewataraya cukup bijak memainkan sentimen orang Melayu PAS ini agar mereka tidak menyokong Presiden mereka untuk bekerja sama dengan UMNO dan kekal sebagai pembangkang yang tunduk duduk dibawah telunjuk DAP, kafir bersama parti DAP lebih mulia dari menjalin hubungan baik demi Islam bersama UMNO yang kononnya akan membawa kepada murtad.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.