Kiriman pada: Sun, Feb 14th, 2016

Kumpulan Pendesak Mengharap Tuah Tun Mahathir

Kongsi maklumat ini
Tags

mahathir-GKCMDikatakan petang semalam telah berlansung dan tercatat didalam sejarah bahawa Tun Mahathir telah sudi dan di isytiharkan menjadi penaung kepada Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), perkara diumumkan di dalam satu pertemuan dengan 21 orang jawatankuasa GKCM yang di adakan di Yayasan Al Bukhari di Kuala Lumpur.

GKCM adalah kumpulan yang anggotai oleh ketua-ketua cawangan Umno yang mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Presiden parti dan mengadakan pemilihan parti secepat mungkin.

Mereka mendawa bahawa kumpulan mereka bukan lah satu ancaman kepada UMNO tetapi sebaliknya adalah menjadi pengimbang kepada desakkan kepimpinan yang dikatakan tidak lagi mahu mendengar pandangan dan suara ahli akar umbi.

Keujudan GKCM juga dikatakan untuk memastikan UMNO kekal relevan, mereka akan bertindak sebagai pemangkin ke arah pemulihan parti yang di dakwa telah rosak.

Melihatkan semangat dan trend serta cara mereka mempergunakan Tun Mahahtir atas nama untuk memperbaiki serta membantu memulihkan UMNO dari kecelaruan yang sedang melanda, samalah sepertimana ujudnya sebuah NGO Melayu yang mendakwa kelahiran mereka adalah untuk membantu memulihkan Barisan Nasional / UMNO yang tertewas teruk semasa pilihanraya Umum ke12.

Setiap kempen yang dibuat sudah pasti mereka menjemput Tun Mahathir dan seterusnya melantik Tun menjadi penasihat pertubuhan mereka, tetapi kini NGO berkenaan tidak lagi nampak bersama dengan Tun, kemungkinan itu yang menyebabkan Tun menerima perlawaan GKCM.

Dewasa ini untuk menarik perhatian masyarakat ramai, cara yang paling mudah adalah menyerang UMNO atas dawaan untuk ‘membaiki’ atau memulihkan UMNO, kemudian minta sokongan dari bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang sentiasa bersedia untuk menjahanamkan UMNO dengan alasan kerana sayangkan UMNO.

Tun juga kini tidak lagi mengharapkan NGO yang pernah beliau naungi dahulu untuk menjalankan perancananya, sebaliknya mengharap ada pertubuhan baharu yang boleh mengalas atau mengambil alih tugas yang di tinggalkan oleh NGO yang kini hanya gah pada namanya sahaja, keujudan GKCM benar-benar mengembalikan keceriaan Tun Mahathir.

Seperti biasa perkara yang akan di war-warkan ialah kumpulan ini akan dapat membantu menguatkan parti UMNO yang kononnya telah kehilangan kepercayaan ahli dan masyarakat.

Dengan menjaja kehadiran Tun apatah lagi melantik Tun menjadi penaung dan menjual nama UMNO yang di katakan sedang berdepan dengan krisis kepimpinan, mereka berharap dapat mengembalikan keyakinan ahli parti dan masyarakat umum terhadap UMNO.

Sedang masyarakat sedia maklum, sebelum ini banyak kumpulan yang berhajad untuk memulihkan UMNO atas nama apa sekali pun pasti kelaut juga hujungnya, biarlah masa menunjukkan kemana sebenarnya hala tuju mereka.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.