Kiriman pada: Wed, Jul 1st, 2015

Kurma, air zam-zam untuk masjid seluruh negara

Kongsi maklumat ini
Tags

22hm171.transformedKANGAR: Biro Kebajikan UMNO Malaysia hari ini menyumbangkan buah kurma dan air zam-zam kepada semua masjid di seluruh negara. Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata agihan yang bermula hari ini termasuk kepada surau-surau terpilih dijangka selesai sebelum 10 Julai ini. “Setiap masjid diperuntukkan 10 kilogram kurma dan 10 liter air zam-zam,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan itu kepada wakil-wakil UMNO Bahagian di Perlis di sini, hari ini. Di Perlis, sebanyak 105 masjid dan tiga surau mendapat sumbangan itu.

Abdul Azeez berkata, sumbangan untuk negeri Sarawak dan Sabah akan dibuat melalui Pejabat Ketua Menteri masing-masing pada 8 dan 9 Julai ini. Beliau berkata, biro kebajikan parti itu turut menyumbangkan sepasang kain baju Melayu kepada pegawai masjid dan surau. “(Bagaimanapun) saya ingin menjelaskan bahawa tidak semua pegawai masjid akan mendapat kain baju Melayu kerana ramai telah menerimanya sejak program ini dilaksanakan tiga tahun lepas,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.