Kiriman pada: Thu, Jan 14th, 2016

KWSP TERUS MELABUR DALAM NEGARA, BANTU TINGKAT EKONOMI

Kongsi maklumat ini
Tags

kdgchSingapura – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan terus melabur dalam negara tahun ini bagi membantu menyokong ekonomi Malaysia.

“Kami akan terus melabur. Kami sedang mengenal pasti aset yang sesuai untuk melabur,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Shahril berkata strategi yang sama akan dilaksanakan dengan membawa masuk rakan asing untuk melabur dalam negara.

Menurut Shahril, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dana pencen itu menggalakkan rakan globalnya melabur bersama-sama di Malaysia.

Ini termasuk pembabitan terbarunya dalam hab logistik bersama Goodman Group Australia, dan secara berasingan dengan beberapa dana pencen global.

Peruntukan pelaburan domestik tahun ini adalah berbeza dari semasa ke semasa bergantung kepada ketersediaan aset yang sesuai.

Pelaburan daripada syarikat tempatan sangat penting dalam merangsang ekonomi domestik selari dengan kedudukan ekonomi dunia yang lemah.

Shahril ditemui pada majlis pembinaan akhir Pusat Tanjung Pagar bernilai RM9.7 bilion oleh GuocoLand Group, di sini.

KWSP menguasai 20 peratus kepentingan dalam projek ini.

Ditanya mengenai pelaburan KWSP di Singapura, Shahril berkata dana itu tidak mempunyai rancangan untuk melupuskan kepentingannya dalam projek pembangunan Pusat Tanjung Pagar.

Sementara itu, Pengarah Urusan GuocoLand (Singapore) Pte Ltd Cheng Hsing Yao menyifatkan KWSP sebagai rakan profesional jangka panjangnya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.