Kiriman pada: Sat, Jul 25th, 2015

Lagi ‘Datuk’ Direman Bantu Siasatan Akaun 1MDB

Kongsi maklumat ini
Tags

1mdb1Putrajaya – Seorang pengarah urusan sebuah syarikat bergelar ‘datuk’ menjadi individu keempat yang direman bagi membantu siasatan terhadap akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perintah reman empat hari bermula hari ini terhadap lelaki berusia 48 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ditemui di mahkamah, perintah reman itu bertujuan membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a), Akta SPRM 2009 iaitu menerima atau cuba mendapatkan rasuah.

Lelaki berkenaan ditahan di ibu pejabat SPRM di sini pada pukul 7 malam tadi ketika tampil secara sukarela untuk memberikan keterangan, menurut pegawai itu.

Terdahulu, mahkamah sama membebaskan seorang pengarah urusan syarikat yang juga bergelar ‘datuk’ selepas direman sejak Rabu bagi membantu siasatan kes yang sama.

Lelaki berusia 54 tahun itu yang merupakan individu kedua direman, dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM100,000 iaitu RM20,000 dalam bentuk tunai dan RM80,000 lagi jaminan secara lisan oleh dua penjamin.

Menurut SPRM lelaki berkenaan dibebaskan sehari lebih awal kerana soal siasat ke atasnya telah selesai.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.