Kiriman pada: Fri, Feb 3rd, 2017

Laksanakan Subsidi Bersasar, Elak Ketirisan

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Selangor – Kerajaan akan mengguna pakai dua pendekatan baharu dalam mendekati rakyat termasuk mengubah dasar subsidi secara pukal kepada subsidi bersasar dalam memastikan bantuan yang disampaikan mencapai kumpulan sasar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sistem bantuan ataupun subsidi secara pukal perlu diubah kerana terdapat pembaziran dan ketirisan dalam sistem pelaksanaannya memandangkan warga asing serta pelancong turut menikmati bantuan itu.

“Kita nak ubah dasar daripada bantuan secara pukal, subsidi pukal kepada bantuan dan subsidi secara bersasar ataupun ‘targeted assistance’ and ‘targeted subsidy’. Ini kerana kalau bantuan diberi pukal ataupun subsidi pukal, banyak ketirisan dan ketidakadilan berlaku.

“Kalau subsidi minyak, siapa untung, mereka yang ada kereta besar lagi untung, mereka yang jadi pelancong, pekerja asing pun untung,” katanya ketika berucap merasmikan ‘Program Jom Bantu Rakyat Kuala Selangor’ di Sekolah Kebangsaan Ijok di Bestari Jaya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.